Post Top Ad

Tuesday, March 29, 2016

Travelogue : Padang, Indonesia (Part 2)

Day 2..sambungan daripada PART 1.
Hari ke-2 dah start puasa. so, kitorang bersahur kat hotel je. nasib baikla pihak hotel sediakan juadah untuk sahur. kalau tak, tak taula nak makan apa...pukul 3-4pagi mana ada orang berjual. cadangnya nak keluar malam tu, tapi masing2 dah keletihan berjalan seharian. lauk simple2 je...bolehla, janji boleh makan supaya esok hari tak lapar. lepas sahur, solat subuh...tido jap sambil nak menunggu siang. eh, kitorang memang kuat tido....hahahaha

1. Danau Tasik Maninjau
pukul 8.30 pagi, kitorang dibawa ke Danau Tasik Maninjau. terletak di kawasan Puncak Lawang menjadikan kawasan ni sangat cantik, tapi terlalu awal kitorang pegi, so kabus tebal....kitorang tunggu sekejap sambil berdoa supaya dapat melihat pemandangan ciptaan Allah yang sangat cantik. Alhamdulillah, Allah maha mendengar....subhanallah, cantik sangat tempat tu...
menurut lagenda orang minang, danau tersebut berkait rapat dengan kisah Bujang Sembilan. korang boleh google sendirila ek












 Ni la Tasik Maninjau


Sori terbanyak pulak gambar..sebab tak tau nak masukkan yg mana 1, cantik!!pemandangan Danau Tasik Maninjau dari Puncak Lawang

2. Kelok 44
kitorang meneruskan perjalanan melalui kelok 44. kelok 44 ni sebenarnya jalan bengkang-bengkok menuruni ke Tasik Maninjau. ia dipanggil kelok 44 sebab ada 44 corner...ouh, pening kot.tapi ada certain2 pitstop kita boleh berhenti amik gambar...dari kelok ni, nampakla pemandangan indah tasik tu. kitorang tak berenti pun. aku pun dah pening2 masa tu. jalan nak pegi cameron highlands pun aku dah pening nak muntah, ni kan plak kelok 44 ni.

3. Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka
setelah melalui kelok 44, Dian bawak kitorang pergi muzium rumah kelahiran Allahyarham Buya Hamka. Unfortunately, muzium tu tutup. Allahyarham merupakan tokoh pemikiran yang amat terkenal di Indonesia. jangan kata kat Indonesia, negara lain pun kenal. banyak buku2 penulisan beliau yang popular antaranya cerpen Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van de Wrjek (betul ke aku eja ni). ada yang dah jadi drama/filem dah pun. kitorang sempatla singgah sebuah rumah yang mana ada jual buku2 ni. rumah tu kalau tak silap aku rumah adik beradiknya jugak tapi tak ingat adik ke abang...


Antara buku2 yang dijual kat sini

4. Kedai Kerepek Labu
kitorang naik semula ke Danau Maninjau. dalam perjalanan, kitorang singgah kedai pembuatan kerepek labu. shopping2 kerepek sikit. siap ada ais krim labu lagi...haihh, meleleh ayaq liuq.dahla posa. then kitorang terus balik ke hotel menunggu waktu zohor.
bulan posa terbatas sikit nak berjalan, letih...tapi takpa, perjalanan harus diteruskan. weolls ok je. Dian ni je takut kitorang letih..hahaha

5. Lobang Jepang & Panorama Ngarai Sianok
Petang tu, Dian hantar kitorang kat Lobang Jepang (Japanese Tunnel). kalau kat malaysia ni, macam muzium perang kat Penang tu la..tiket masuk only rp5000.murah...so, bila dah masuk tu..korang boleh tengok bekas2 peninggalan tentera jepun termasukla terowong. dari sini jugak boleh nampak panorama ngarai sianok (grand canyon).pemandangan tu, sekali tengok macam dalam cerita cina dulu2 yang rambut jenis ikat kat atas macam tocang tu...pastu ada pulakla guide kat situ volunteer nak amik gambar kitorang & bawak kitorang masuk dalam terowong tu.baik orangnya,peramah pulak....namanya 'romantika'..amboihh nama, romantika de amor betul.muka dahla macam waghih (w.a.r.i.s).so kitorang bagila sikit tips kat dia, penat dia bawak kitorang ke sana ke sini.






6. Pasar Pembukuan Bukittinggi
lepastu, Dian terus bawak ke pasar pembukuan.haaa...bulan puasa je ada pasar ni.actually, bazar ramadhan.orang sana panggil pasar pembukuan.macam2 juadah dijual...tak banyak beza dengan malaysia. makanan pun lebih kurang sama..murtabak, kuih muih, etc. kitoang decide nak beli makanan lain sikit. so,kitorang beli nasi kapau untuk berbuka puasa...lepastu beli pisang goreng cheese & jus buah. eh, pisang cheese dia sangat sedap!tak cukup sebungkus, berebut dengan husband..haihh...selama aku makan pisang cheese, ni la yang paling sedap. so, kitorang balik hotel & berbuka kat hotel je..bawak makanan pegi cafe hotel...haaa....hotel kat sini ado??siap tampal "no outside foods & drink allowed"...kat sini, bawakla...apa diorang kisah.siap boleh pinjam pinggan, sudu, cawan bagai...haaa


to be continue on Part 3....
“Take only memories, leave only footprints.” – Chief Seattle


4:49:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad