Post Top Ad

Friday, February 5, 2016

Travelogue : Padang, Indonesia (Part 1)

Assalamualaikum...ohoi...setelah sekian lama post ni menjadi draft, akhirya publish jugak. korang yang baca pun mesti bosan sebab travelog kali ni agak lama jugak dan berlapuk dah...adeh..sorry beb!

ok la, aku nak cerita jugak..lolz!

alkisahnya bermula tahun hujung tahun lepas bila Air Asia buat promo, biasala...depa kan suka buat promo. tapi dalam banyak2 destinsi yang depa tawarkan, aku tengok salah satu tempat yang agak murah tiket flightnya masa tu adalah...Padang, Indonesia. sebelum ni aku jarang mendengar Padang ni salah satu tarikan pelancongan yang femes. so, aku decide nak pegi sana memandangkan masa tu aku tak plan nak kemana...janji pasport bercop..hahaha. so, aku pun tempahla tiket dengan tak tengok kalendar...omg!rupanya dah tarikh yang aku pilih pada bulan puasa lepas...patutla murah!!sape nak travel bulan puasa ye dak...aduiiii...silap pilih tarikh...lantakla..janji murah...RM75/pax return!haa kau..sape yang tak nak kan...so, tarikh pun dah dipilih, Rabu, 16 Jun 2015 sampai 20 Jun 2015. sambil menunggu tarikh yang bakal tiba tu, aku google2 jugakla tempat tu.....then aku terkejut shocked surprise bagai nak gila....rupanya tempat tu la asalnya masakan Padang & asal usulnya orang minangkabau. best gila kot!sebab aku memang suka makan masakan indonesia ni.....nasi Padang, satay Padang..bla..bla..bla....so very the excitedla nak pegi, tak sangka...terasa berbaloi beli tiket..heh!hari2 la aku google tempat2 best kat sana...mulanya, aku & husband nak backpack & sewa kereta je...tapi memandangkan kawasan dia agak jauh dari satu tempat ke tempat yang lain, tambahan plak kesesakan lalulintas kat indonesia ni agak extreme (senang cakap tak berani nak drivela),dahla first time datang sana, so kitorang decide nak ambil guide....berdasarkan komen positif dari macam2 forum, aku amik Aldy Doank (korang bleh google) sebagai tour guide kitorang. harga sangat2 berpatutan, peramah plak tu. jadi pakej yang kitorang amik just transport & hotel.tips tu ikut korangla, seikhlas hati...agak2 la dengan servis yang diorang kasi.jangan kedekut sangat..hahah..travel dulu, bayar kemudian..good Aldy!!

So, hari yang ditunggu2 dah tiba...flight pukul 7.50pagi dari KLIA2. Dari rumah (kat Puchong), kitorang drive ke stesen ERL Salak Tinggi then parking kat sana..sehari RM4 sahaja..yea..RM4 sahaja. disebabkan kitorang agak lewat, so sampai kat airport dah dekat 7.30...apa lagi, maraton la, takut gate tutup..dahla gatenya jauh(sakit hati makkk)..sampai2 memang termengah2, baju dah basah jangan katala...nasib baikla, ngam gate tutup..kalau lewat...hmm...memang kena tinggal lagila jawabnya....dahla pegi Langkawi aritu kena tinggal Flight...huuu....so, flight pun boarding mengikut jadual, alhamdulillah, takde masalah..takde delay..selamat sampai. perjalanan mengambil masa kurang dari sejam.

1. Bandara Udara Minangkabau
Dekat airport ni, kita kena melalui pemeriksaan imegresen..macam airport2 lain. setelah selsai, kitorang cari tourguide kitorang. dari jauh dah nampak tertera tulisan nama husband aku atas sekeping kertas. Aldy hantar orang dia untuk jadi tourguide...tak kisahla sape pun, janji puas hati...namanya Dian. Dian ni lelaki ye, bukan perempuan. so, kitorang terus menuju ke destinasi kitorang....Bukittinggi. kenderaan yang disediakan?toyota estima beb! Oh lupa, tukar duit dulu...tak sempat nak tukar kat Malaysia...heheh...duit tak cukup jangan risau, kat sini banyak bank. cimb ada...maybank pun ada.

masa ni dah nak sampai dah...kira2 lagi 10 minit nak landing. tapi dah sampai tanah besarla..

2. Air Terjun Lembah Anai
dalam perjalanan ke Bukittinggi, kitorang melalui sebuah air terjun yang sangat cantik di tepi jalan. Subhanallah, serius dong amat nyaman sekali (eh, apesal aku cakap bahasa indonesia nih). dikhabarkan, air terjun Lembah Anai ni adalah air terjun yang teringgi di sana di tepi jalan. ketinggiannya sekitar 35 meter dan merupakan salah satu tarikan di Sumatera Barat. Tiket masuk hanya rp1500 seorang.



ikutkan hati, nak aje aku terjun tiruk..mandi kat situ...nasib baikla jauh lagi perjalanan....


3. Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau
perjalanan diteruskan lagi. kitoang dibawa singgah ke pusat dokumentasi minangkabau. dulunya pusat ni merupakan rumah gadang salah satu keluarga disana, tapi sekarang dah jadi library.ops, rumah gadang tu maksudnya...rumah besar..memang besarla..kat sini, kita boleh tengok pelbagai informasi dan koleksi tentang adat dan kebudayaan orang minang. eh korang, datang sini korang jangan risau dengan bahasa ye...korang akan rasa berada di Negeri Sembilan...diorang guna bahasa minang. asal usul orang minang kat sinila :)
see...'gadang' kan...banyak bilik rumah ni..memang boleh sangatla duduk 1 family besar


kita kan serumpun...tak maulah gaduh2 ;)

kat sini, korang boleh jugak cuba pakaian pengantin orang minang. jangan risau, murah aja....mesti ada yang cakap, "ala..dulu aku kawen pakai mcm ni.xheran pun" ....... kami laki bini ni bukan org nismilan.sebab tu teruja dapat pakai haa...

4. Pusat Tenunan Kain & Ukiran Pandai Sikek
Singgah lagi..hahaha...kat sini kaum perempuanla paling terbahagia di dunia...hahaha...surga shopping kok...kain sulaman punya banyak tak terkata dari harga paling murah sampaila yang paling mahal. encik2 suami hanya perlu sediakan duit je..termasukla husband aku..heheh...haiihh, belum sampai bandar Bukittinggi lagi, duit dah tinggal sikit...adeiii



kepada bapak2, berhati-hati bila lalu kat sini.....kalau xsinggah, ibu2 akan merajuk, tidur luar rumahla jawabnya nanti






sakit...sakit.....lagi sakit encik suami sebab dia yang keluarkan duit :')


5. Sate Mak Syukur
Sebelum sampai ke tempat penginapan kitorang, kitorang dibawa singgah ke restoran sate paling pemes ames kat sini...Restoran Sate Mak Syukur. tempat ni sangat pemes kepada penggemar sate. aku pernah tengok dalam tv...akhirnya dapat jugak makan kat situ. rasa?of course marvellous!sate dihidangkan dengan nasi impit, kuah dia lain sket berbanding kuah kat Malaysia, tapi masih sedap. add on teh telur.weh,sedap rupanya teh telur...rasa macam teh tarik kot. takde langsung rasa hanyir telur tu...nak lagi...nak lagi...


pernah tengok rancangan travel kuliner indonesia...sate mak syukur ni antara kedai sate padang yang paling famous amos kat sini. so kitorang tryla...nak rasa jugak kesedapan dia tu.....terbukti very aummmm...sedap!!!


sate padang + teh telur.....huhhhh!!masyukkkkkk

6. Hotel Bunda
ok, kitorang dah sampai bandar Bukittingi. checkin disini. 3 star hotel je.tapi condition tip top macam 5 star hotel.sangat memuaskan.sejadah dan al-quran disediakan di setiap bilik. bersesesuaianla dengan negeri serambi mekah. harga sangat2 berpatutan. tapi yang ni termasuk dalam pakej kitorang, so tak perlu risaula...sebenarnya takut jugak kalau bilik tak memuaskan a.k.a kotor...dok google2, susah nau nak jumpa yang bersesuaian. bagus tourguide kami ni..semua yang disediakan sangat2 terbaik. hotel ni sangat strategik, tempat makan dekat..tempat nak berjalan pun dekat.terbaekkk bak hang! so kitorang rehat2 & solat dulu, perjalanan jauh tadi...dapatla tido sejam dua

7. Jam Gadang
dalam pukul 4 petang, kitorang dibawa ke Jam Gadang. Jam gadang ni merupakan menara jam yang dihadiahkan kepada Rook Marker dari Ratu Belanda masa zaman dulu...tahun 1926 kalau tak silap. Rook Marker ni merupakan sekretaris atau contrleur Fort de Kock (Kota Bukittinggi) masa tu. 


gambar jam gadang xjumpa kat mana aku letak...so, aku kasi gambar ni je la...gambar ni lepas kitorang naik kereta kuda....eh,jangan terkejut...hanya rp70,000 je untuk pusing keliling pekan bukittinggi ni...mak aihh,murah kot!!!

haaa...adala se'coet' gambar jam gadang disitu lambang mercutanda bukittinggi

8. Pasar Atas & Pasar Bawah
Pasar atas & bawah ni terletak tak jauh dari jam gadang. korang boleh pergi sana untuk shopping...kira macam kat padang besarla..barang2 murah kat sana, tapi hati2 dengan penyeluk saku ye...punya panjang pasar tu nak sampai ke hujung. nak ke jam gadang balik kitorang dah tak larat. so kitorang naik kereta kuda.mulanya kitorang nak ke jam gadang, tapi selepas dipujuk oleh tuan punya kereta kuda tu, kitorang setuju nak pusing2 bukittingi dulu dengan kereta kuda tu...harga dia kasi special price, harga ke jam gadang. baiknya brader tu...orang2 kat indonesia ni kebanyakannya peramah dan tak berkira sangat. siap tolong amikkan gambar lagi. thank you bro :)

9. Restoran Sederhana
hari dah senja, dah nak maghrib...kat sana maghrib awal sejam berbanding malaysia. pukul 6 tu dah senja dah...sebelum balik ke hotel, kitorang singgah makan malam kat restoran sederhana. almaklumla, kitorang tak amik pakej termasuk makan. so makan sendiri2 la...tak nak makan kat hotel..nak rasa pure makanan minang tu....restoran ni menyediakan masakan minang yang sangat2 sedap. stail orang minang ni, dia akan hidangkan semua lauk-pauk, then kita akan bayar yang mana kita makan je. harga masih lagi berpatutan..kenyang wehh..so balik bilik, mandi, solat,rehat, tidorZZzz


bayar yang mana kau makan sahaja....lauk yang xdiusik, xdikira. gst?N/A


to be continue....
                               “Once a year, go someplace you’ve never been before.” – Dalai Lama
3:43:00 PM / by / 1 Comments

1 comment:

Thank you. Your comment is much appreciated. MUCHAS GRACIAS ;)

Post Top Ad